Assalamuaalaikum w.b.t
Sorry to all kerana lambat update laporan tentang perjumpaan antara exsmtsp1 batch 97/98 bersama dengan bekas ketua warden smtsp1, sapa lagi kalau bukan cikgu Halim atau lebih senang dengan panggilan Paklim dikalangan pelajar-pelajar asrama. Mungkin ada di antara kita yang mungkin 'lupa' pada cikgu Halim ni sebab beliau ni memang terkenal di kalangan pelajar asrama.Bagi pelajar yang tinggal di luar asrama mungkin kurang mengingati siapakah beliau. Biar aku explain serba sedikit siapa itu cikgu Halim.

Cikgu Halim bersama anak bongsu. Yang sebelah tu tengah control macho tu nama dia Bad Kola

Fazli bersama Wife (yang baju kaler pink tu)
Cikgu Halim ni terkenal dengan sifat tegas dikalangan pelajar-pelajar asrama.Dah nama pun ketua warden, mesti la kena tegas kan. Walaupun beliau ni tegas, beliau sangat di hormati oleh 'budak-budak' hostel kerana sifatnya yang kelakar dan suka buat lawak.Semasa di tingkatan 4T2 dulu, beliau mengajar subjek Bahasa Melayu.

Antara jejaka-jejaka yang hadir
Beliau ni seorang yang suka bercerita ketika mengajar dan mempunyai kebolehan dalam syair dan sajak. Kalau dengar dia bersyair tu, perghhh..memang best..tapi yang membuatkan beliau ni diingati sampai sekarang nie kerana hukuman yang dikenakan kepada pelajar-pelajar asrama yang tidak turun sembahyang Suboh di surau. Kalau sapa2 yang terkantoi tu alamatnya kena pakai kain pelekat la nampaknya...hahaha..

Itik tak sabar nak menikmati makanan2 yang terhidang...sabar la dulu bro.
Aku pun penah jugak kena hukuman tu tp bukan aku sorang aje yang selalu kena. Ramai lagi budak2 lain yg pernah kena..macam alon, al, mat sani, shahrukh dan ramai lagi la..korang tak payah nak tipu la ....hahahha

Wanita2 yang hadir (dari kiri bini alon,bini al & bini Parli) Wan Hasma tiada dalam gambar.
Ok la. Tu kira serba sedikit tentang cikgu Halim. Semalam 20hb July 2008 setelah 10 tahun meninggalkan sekolah menengah teknik sungai petani 1, kami berpeluang bersua muka dengan cikgu halim di restoran nasi kandar, Khulafa Bistro, seksyen 7, shah alam. Rasa excited sangat nak jumpa ngan beliau semalam. Actually malam tu aku ngan shahrukh tido di rumah alon. Aku kol 5pagi baru tido. Pagi2 kul 830am terus balik rumah nak sambung tido. Nak dijadikan cerita la kan, si Parli (Fazli-adik ipar cikgu Halim) call alon bgtau dia nak pi shah alam dengan abg ipar dia. Kul 9 je alon terus je kol aku suruh arranggekan makan tengah hari semua budak2 bersama cikgu halim.

Karan menyampaikan hadiah kepada Cikgu Halim. Sumbangan peribadi dari Karan sendiri. Gua respek lu bro.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan2 yang menghadiri perjumpaan bersama Cikgu Halim di Khulafa Bisto walaupun di saat 2 akhir aku bagitau, sebab alon pun bagitau aku last minute..hehehe..Terima kasih jugak kepada Mr Karan kerana dapat menyumbangkan hadiah kepada Cikgu walaupun hadiah tersebut sumbangan peribadi daripada beliau, kira kitorang letak nama sekali la bro...hahaha