Friday, July 18, 2008

salam

Hari ni hari jumaat, bukan malam jumaat..Hehehe..kalau malam jumaat kawan2 yg dah kawen dah tentu tak keluar rumah nye.. Aku berada di kedai mamak Khulafa Bistro di Seksyen 7 Shah Alam. Dikesempatan ini baru ada masa terluang untuk aku update blog untuk kawan2 semua. Actually aku kalau tetiap malam cuti mmg boring sikit sebab xdak sapa kat umah. So dari membuang masa xtentu arah, baik aku bawak laptop aku gi lepak sorg2 sambil bukak internet apa yang patut. Malam ni aku try update gambar2 yang aku dapat dari Alon.


Gambar Od bersama anaknya yg cute.Gambar nie Alon dapat semasa dia singgah ke rumah od. Aku pun xtau bila yg Alon pi.

Awatif (5T1)& Sukhairi (5T4)(dulu dikenali sbg imam muda) bersama anak sulung. Pasangan suami isteri ini sekarang tinggal di Bukit Kayu Hitam (sempadan Thailand). Sukhairi sekarang bekerja dengan Kastam Diraja Malaysia. Sesiapa yg pi sana nanti boleh la contact dia. Kalau nak hubungi dia boleh dapatkan no hp dia dari aku.


Gambar si Pg (Hafeze Kuala Muda). Gambar ni Alon amik kat mana ntah.hgpa tanya alon ngan si Pg nie. Lagak macam gangster siot si Pg nie. Macam dalam filem KL menjerit tu..

Aman bersama Isteri & anak. Skang ni dia tinggal kat Lumut. Mengikut kata saipollizan yg aku jumpa masa ki kenduri Julia, Aman sekarang sedang mengikuti kursus pilot heli di lumut. Actually aku dah lama tak jumpa ngan dia. Rasa2nya dari lepas SPM 98 kot. Maybe satu hari nanti dapat la jumpa ngan abg Pilot nie..hehehe..

Kak Ima..Penolong Ketua Pengawas SMTSP1. dah lama aku tak jumpa dia. LAst sekali jumpa masa gi beraya ramai2 konvo naik moto. masa tu rasa2nya baru je abih spm kot. Masa kenduri kawen dia pun aku xpi. Dah xdijemput memang la xpi..hehehe..

No comments: