Monday, October 20, 2008

Update blog

Salam to all...

Sorry to all of friends because i have no time to update this blog. Everyday is very busy for me
and weekend also always busy to fullfill invitation for open hause and Wedding ceremony.

Something news...

1) Al telah mendapat cahaya mata yang pertama. Anak laki.

2) Azmer (guar perahu-5T2) akan melangsungkan perkahwinan pada 26/10/08 di rumahnya di Guar Perahu. Kalau sesiapa yang dijemput bolehlah pergi ke hari yang dinyatakan tp kalau tak dijemput kol dia suh dia jemput sendiri - 0133885121.

Sunday, September 14, 2008

Majlis Berbuka Puasa Di Bagan Lalang

Tempat : Bagan Lalang, (berdekatan KLIA)
Tarikh : 6 September 2008
Antara yg hadir :-
1) Lie BM
2) Itik
3) Adi Botak
4) Karan (shahran)
5) Moon (munazrin)
6) Don (azizul), wife & 2 daughters
7) Kb, wife & son.


Antara yang hadir berbuka puasa di Bagan Lalang

Wajah baru Don (azizul kfl 2), Dah 10 tahun aku xpenah jumpa dgn dia. Maybe ada antara kita yg xpenah tgk dia dari lepas SPM 1998. Sekarang berkhidmat dengan PDRM di N9.



Ni KB (nama penuh aku tak ingat, Nizam kot). Rasa2 ramai antara kita tak tau nama penuh si KB nie. KB tu xingat la singkatan apa. Maybe Ko** Be**Q kot..hehehe..Sekarang nie dia pun ada kat N9 jugak. Sekarang berkhidmat dengan Jabatan Bomba. Penguasa Bomba tau, bukan KB yg dulu lagi...Hehehe

Yang ni dah selalu tengok sangat. Si Adi Botak yg penuh rambut. Dulu time sekolah mana ada rambut. hahaha.. sekarang ni la nampak lagi macho sikit tp xla macho sangat dari Karan kan.. Mamat ni sekarang keje kat Sepang. Kalau ada antara kita yang nak pi KLIA, cuba2 la kontek dia, maybe dapat tiket percuma ka...



Khairul Shahran- insan yang tidak boleh dilupakan. Korang bukan dak SMTSP1 batch 97/98 kalau tak kenai ngan mamat sorang nie. Ni antara balak yang terhangat masa sekolah dulu. Macho dari si Adi Botak. Sekarang nie bekerja dengan TM. Kalau ada antara korang yg nak masuk stremyx, kontek la dia. Dan kalau ada masalah stremyx korang yg x ok, kontek dia jugak. Hahaha...



Ya...ni sorang lagi mamat macho. Diver terkenal SMTSP1. Antara ITIK yg boleh menyelam ke dasar laut. Ini itik bukan sebarang itik. Siap ada lesen diver lagi. Nama penuh dia Hilmi Syarifudin (betoi ke eja camni itik). Malam tu aku pi naik ngan dia la.. Dan itik ni jugak adalah penganjur yang bertanggungjawab bawak kitorang semua gi Bagan Lalang. Terima kaseh pada mu itik...



Tabik Hormat Tuan Inspektor.. Siapakah gerangan mamat ini?..Kalau korang nak tau nie la Moon atau nama penuh dia Munazrin. Dulu mamat nie dok sekelas ngan aku masa form 4 pkj2. Mungkin dak2 hostel kurang mengenali dia sebab dia tak dok hostel. Orang Sungai Petani. Dah kawen. Moon jugak sedang berkhidmat dengan PDRM di Bukit Aman. Sapa2 yang kena saman dan belum jelaskan saman, mamat ni la perlu di kontek. Boleh dapat diskaun ye moon..kihkhihkih..


AKU ngan Moon.


Gambar family KB. si cute yg berbaju biru tu bukan anak KB. Tu anak Don. Maybe ada perancangan nak berbesan nanti antara Don dan KB.


Buah hati KB. Anak sulung dia yg cute. Nampak baik je. Maybe tak turun perangai bapak dia kot.


Don & family.Dengan anak Kb sekali. Dah lama xjumpa. Jumpa2 aje dah anak 2.


Puteri sulong Don yang cute


Puteri Don yang kedua. NI rasa2 baru 6 bulan kot.

Buah Kurma. Penyelamat pembuka puasa kami semua. Actually kami datang lambat aritu, semua tempat dah penuh, naseb baik la ada meje lagi. So apa yg kami order dapat la lambat. Kul 815pm baru leh dapat makan. Terima kaseh la pada si karan yg sudi bawak buah kurma. Kalau tak berbuka ngan air paip je la jawabnye.


Ikan Pari bakaq. Meleleh ayer liuq kalau dapat pekena ni di bulan posa.


Otak-otak


Udang


Ikan bawal dan banyak lagi lauk pauk yg xdak dalam gambaq nie.

Masing2 sibuk melayan lauk pauk yg dihidangkan.

time bukak posa pun masih lagi nak buat lawak. Mulut ikan ngan mulut karan hampir sama je kan..


Dah selesai pun.....Burrrrpppp...Kenyang giler..

lain kali kita cuba kumpulkan seramai yang boleh ye....

untuk lihat lain2 gambar....klik.......sini

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan datang lagi

Kepada kawan2 exsmtsp1..


Selamat menyambut ramadhan al-mubarak..

Mohon maaf zahir dan batin..semoga ramadhan kali ini lebih

mendekatkan kita dengan yang Maha Esa.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ini.


Selamat menjalani ibadah puasa.


p/s- Pak Karim, hg tinggal posa masa form 5 dulu tu dah bayaq ka belum?

Friday, August 15, 2008

salam

sori ye kawan2..dah lama dah aku tak update blog ni untuk pembacaan kawan2. Sejak akhir2 ni aku cbuk sikit. last week famili aku datang sini then untuk every day abih keje lewat sikit. so lewat la balik. hehehe..
malam ni aku try update citer yg terbaru. sok aku cadang nak pi lawat anak alon kat GH. nanti aku masukkan gambar anak dia.

tunggukan kemunculan alon jr.

Thursday, July 31, 2008

Memori Indah Di SMTSP1



Bebudak blok B

Pesta makan megi ramai2..masak dalam timba ja..

kokbah & dino.. makan berdua je ke..xkan xajak org lain join sekali....

Anak2 soleh bilik B1

Kelas ABM 97/98

Kelas 5PKJ 1


Lepas prep petang


Bebudak bilik b4

5PKJ1 semasa lawatan ke Pulau PInang. Gambar di ambil di Padang Kota Lama
111 gambar lagi di sini

Tuesday, July 29, 2008

Waiting for broadband

Salam to all

sori dah lama sangat aku tak update..hehehe
aku sibuk sikit hujung minggu lepas..sabtu gi beli barang2 nak wat masjid, malam tu pulak gi reunion budak2 u aku dulu. Ahad pagi la gi mandi manda kat sungkai...mandi air terjun dekat je ngan ayer panas hot spring...best jugak tempat tu..siap bawak buah2an lagi (durian,rambutan, manggis). Nanti boleh la kita ramai2 gi mandi manda kat sana pulak. Aku gi sana ngan bebudak sekolah lama aku.

Actually skang ni aku kat mamak. Malas la nak update sebab limitation. Xboleh lama2 lepak sini. Aku skang tengah tunggu activate celcom broadband. 3 hari nak activate. Aku beli modem rm499 and monthly rm98. Esok Insyaallah baru boleh guna. So tunggu la aku update gambar2 lama.

p/s- Tahniah pada Shahlul kerana telah mendapat cahayamata lelaki yg pertama pada hari ini 29hb July 2008.

Monday, July 21, 2008

Perjumpaan Bersama Cikgu Halim

Assalamuaalaikum w.b.t

Sorry to all kerana lambat update laporan tentang perjumpaan antara exsmtsp1 batch 97/98 bersama dengan bekas ketua warden smtsp1, sapa lagi kalau bukan cikgu Halim atau lebih senang dengan panggilan Paklim dikalangan pelajar-pelajar asrama. Mungkin ada di antara kita yang mungkin 'lupa' pada cikgu Halim ni sebab beliau ni memang terkenal di kalangan pelajar asrama.Bagi pelajar yang tinggal di luar asrama mungkin kurang mengingati siapakah beliau. Biar aku explain serba sedikit siapa itu cikgu Halim.



Cikgu Halim bersama anak bongsu. Yang sebelah tu tengah control macho tu nama dia Bad Kola




Fazli bersama Wife (yang baju kaler pink tu)


Cikgu Halim ni terkenal dengan sifat tegas dikalangan pelajar-pelajar asrama.Dah nama pun ketua warden, mesti la kena tegas kan. Walaupun beliau ni tegas, beliau sangat di hormati oleh 'budak-budak' hostel kerana sifatnya yang kelakar dan suka buat lawak.Semasa di tingkatan 4T2 dulu, beliau mengajar subjek Bahasa Melayu.





Antara jejaka-jejaka yang hadir


Beliau ni seorang yang suka bercerita ketika mengajar dan mempunyai kebolehan dalam syair dan sajak. Kalau dengar dia bersyair tu, perghhh..memang best..tapi yang membuatkan beliau ni diingati sampai sekarang nie kerana hukuman yang dikenakan kepada pelajar-pelajar asrama yang tidak turun sembahyang Suboh di surau. Kalau sapa2 yang terkantoi tu alamatnya kena pakai kain pelekat la nampaknya...hahaha..



Itik tak sabar nak menikmati makanan2 yang terhidang...sabar la dulu bro.


Aku pun penah jugak kena hukuman tu tp bukan aku sorang aje yang selalu kena. Ramai lagi budak2 lain yg pernah kena..macam alon, al, mat sani, shahrukh dan ramai lagi la..korang tak payah nak tipu la ....hahahha


Wanita2 yang hadir (dari kiri bini alon,bini al & bini Parli) Wan Hasma tiada dalam gambar.
Ok la. Tu kira serba sedikit tentang cikgu Halim. Semalam 20hb July 2008 setelah 10 tahun meninggalkan sekolah menengah teknik sungai petani 1, kami berpeluang bersua muka dengan cikgu halim di restoran nasi kandar, Khulafa Bistro, seksyen 7, shah alam. Rasa excited sangat nak jumpa ngan beliau semalam. Actually malam tu aku ngan shahrukh tido di rumah alon. Aku kol 5pagi baru tido. Pagi2 kul 830am terus balik rumah nak sambung tido. Nak dijadikan cerita la kan, si Parli (Fazli-adik ipar cikgu Halim) call alon bgtau dia nak pi shah alam dengan abg ipar dia. Kul 9 je alon terus je kol aku suruh arranggekan makan tengah hari semua budak2 bersama cikgu halim.



Karan menyampaikan hadiah kepada Cikgu Halim. Sumbangan peribadi dari Karan sendiri. Gua respek lu bro.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan2 yang menghadiri perjumpaan bersama Cikgu Halim di Khulafa Bisto walaupun di saat 2 akhir aku bagitau, sebab alon pun bagitau aku last minute..hehehe..Terima kasih jugak kepada Mr Karan kerana dapat menyumbangkan hadiah kepada Cikgu walaupun hadiah tersebut sumbangan peribadi daripada beliau, kira kitorang letak nama sekali la bro...hahaha

Untuk melihat gambar2 yang lain KLIK SINI

Saturday, July 19, 2008

Lepak kedai mamak

Salam.
Hari ni aku , shahrukh, alon & Al lepak2 kat kedai mamak dekat damansara (berdekatan dengan rumah alon). Actually petang tadi aku je yang datang umah alon. Saja je lepak2 ngan dia. Dijamu pulak ngan mee kuah yang sedap..tambah lapar pulak tu..hehehhe..bantai aje la... then try kol al & shah datang. Al datang bersama wife dia tersayang. Sekarang nie bini dia dah pregnant 6 bulan. Bini alon pulak dah nak masuk 9 bulan. La ni pun standby aje bila baby alon nak keluar. Nantikan kemunculan baby alon jr. Kalau dah keluar nanti aku akan update pic2 baby depa.



Gambar yang terbaru, capture terus je update dalam blog nie.

Peace!!!!!.. tu gambar tangan aku..itu je yg nampak..hehehe..xpatut betoi alon.



Friday, July 18, 2008

salam

Hari ni hari jumaat, bukan malam jumaat..Hehehe..kalau malam jumaat kawan2 yg dah kawen dah tentu tak keluar rumah nye.. Aku berada di kedai mamak Khulafa Bistro di Seksyen 7 Shah Alam. Dikesempatan ini baru ada masa terluang untuk aku update blog untuk kawan2 semua. Actually aku kalau tetiap malam cuti mmg boring sikit sebab xdak sapa kat umah. So dari membuang masa xtentu arah, baik aku bawak laptop aku gi lepak sorg2 sambil bukak internet apa yang patut. Malam ni aku try update gambar2 yang aku dapat dari Alon.


Gambar Od bersama anaknya yg cute.Gambar nie Alon dapat semasa dia singgah ke rumah od. Aku pun xtau bila yg Alon pi.

Awatif (5T1)& Sukhairi (5T4)(dulu dikenali sbg imam muda) bersama anak sulung. Pasangan suami isteri ini sekarang tinggal di Bukit Kayu Hitam (sempadan Thailand). Sukhairi sekarang bekerja dengan Kastam Diraja Malaysia. Sesiapa yg pi sana nanti boleh la contact dia. Kalau nak hubungi dia boleh dapatkan no hp dia dari aku.


Gambar si Pg (Hafeze Kuala Muda). Gambar ni Alon amik kat mana ntah.hgpa tanya alon ngan si Pg nie. Lagak macam gangster siot si Pg nie. Macam dalam filem KL menjerit tu..

Aman bersama Isteri & anak. Skang ni dia tinggal kat Lumut. Mengikut kata saipollizan yg aku jumpa masa ki kenduri Julia, Aman sekarang sedang mengikuti kursus pilot heli di lumut. Actually aku dah lama tak jumpa ngan dia. Rasa2nya dari lepas SPM 98 kot. Maybe satu hari nanti dapat la jumpa ngan abg Pilot nie..hehehe..

Kak Ima..Penolong Ketua Pengawas SMTSP1. dah lama aku tak jumpa dia. LAst sekali jumpa masa gi beraya ramai2 konvo naik moto. masa tu rasa2nya baru je abih spm kot. Masa kenduri kawen dia pun aku xpi. Dah xdijemput memang la xpi..hehehe..

Sunday, July 13, 2008

TT 12 July 2008

Karan sedang menayangkan gigi barunye sambil diperhatikan oleh itik yg jeles.
Karan,Itik,Lie Bm & Alon

3 Jejaka Macho yang Masih Bujang.
Salam..
Untuk keberapa kali ntah, TT bagi exsmtsp1 batch 97/98 berjaya dianjurkan di Mcdonald seksyen 2 Shah Alam. Untuk kali ini tak ramai yang hadir kerana TT ini dianjurkan pada saat2 akhir. Maybe pada masa depan akan diadakan dengan lebih berjaya lagi.
Yg hadir malam ini cuma 8 org sahaja.
1)LieBM
2)Itik
3)Alon & wife (bakal menimang cahayamata pada bulan depan)
4)Al & wife (bakal menimang cahayamata pada lepas raya nanti-bulan 10 kot)
5)Karan (mamat hensem batch 97/98)-single lagi nie
6)Mafazi (super2 junior teknik tahun 2000 berapa ntah)

Untuk malam ini hanya ini yg aku dapat update. Baru je buat blog malam nie. Nanti aku akan update lagi & upload gambaq2 yg aku ada.

Sekian